Thursday, 27 October 2011

Pelik tapi Benar: Motosikal terbang pertama di dunia




Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama
di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara
carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang
pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer
selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal
itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

No comments:

Post a Comment