Wednesday, 21 September 2011

WANITA IDAMAN LELAKI




3 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki....

Alhamdulillah, hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang 3 ciri-ciri yang seharusnya di miliki oleh seorang insan yang bergelar wanita. Ciri-ciri ini juga dikategorikan sebagai ciri-ciri wanita idaman lelaki... Ayuh kita saksikan apa ciri-cirinya...
1) Kecantikan Dalaman
  • Wanita yang tulen senantiasa berlemah lembut dalam perawakannya tetapi bersikap tegas dan meninggi di dalam prinsip dan nilaian hidupnya, hal ini adalah " kecantikan Dalaman " yang tiada tolok bandingnya...
  • Wanita ini tidak akan menjual maruah diri semata-mata utk wang dan kepentingan nya..
    juga tidak akan menyerahkan diri mereka kpda nafsu semata-mata serta tidak akan meminta perkara yang mmg bukan miliknya...
  • "Kecantikan dalaman terpancar dari Hati yangyang Murni dan Minda yang sentiasa bersangka baik"
  • Allah Berfirman di dalam kitab al-Quran. "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (at-Tin : 4)

2) Keanak-Anakan

  • Fitrah seorang lelaki mmg menyukai sifat seorang wanita yang "keanak-anakan" dan manja agar lelaki tersebut mudah berpranan sebagai seorang pelindung, tetapi sifat "keanak-anakan" tersebut tidak seharusnya melampaui batas sehingga menampakkan wanita tersebut tidak matang...
  • Suara merdu wanita juga mampu menambat hati lelaki, tetapi tidak seharusnya dipergunakan kemeduan suara itu untuk menarik hati lelaki sehingga merosakkan hatinya dan mampu didatangi bisikan-bisikan syaitan...
  • "Simpanlah kemerduan suara itu untuk suami apabila sudah bergelar isteri kelak."

3) Kecantikan

  • Kecantikan dan wanita mmg tidak dapat dinafikan, namun kecantikan itu biarlah dilunaskan oleh syara'.
  • Kecantikan wanita itu akan bertambah seri jika disulami dengan keIMANan dan KeTAQWAan.
  • Di antara kategori-kategori kecantikan wanita ialah:
    • "NAFSU mengatakan wanita itu cantik dari paras rupa..."
    • "AKAL mengatakan wanita itu cantik pada ilmu & kepandaiannya..."
    • "HATI menyatakan wanita itu cantik pada akhlaknya...."
  • Saya suka menyatakan agar simpanlah kecantikan diri itu untuk bakal suami dan bukan lelaki ajnabi bagi anda... Di antara tipsmenjaga kecantikan untuk bakal suami ialah:
    • Memecahkan lemah ketika masih gadis supaya kelihatan langsing...
    • Menjaga kesihatan dan stamina dengan beriadah...
    • Menjaga kehalusan kulit dengan rawatan-rawatan tertentu...

No comments:

Post a Comment